Tahun 2020 kini diperhujung

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor telah mengalami transformasi perubahan pendekatan dan sistem urus tadbir mengikut arus semasa sejak kebelakangkan ini. Tahun lepas dan tahun ini kurang memberi input di dalam laman sesawang ini. Pelbagai perkara telah terjadi dan berlaku. Banyak perkara tidak dapat dimaklumkan atau perencanaan banyak ditangguhkan maklumannya melalui lawan sesawang ini.

Disebabkan pada bulan Mac yang lalu telah berlaku pandemik Covid 19 telah memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan generasi muda. Ada juga aktivti yang sempat dijalankan. Banyak perkara yang berlaku pada 2019 tidak dapat disampaikan kerana kesibukan aktiviti dan hanya dapat disampaikan melalui interaksi yang berpaksikan kepada penggunaan facebook rasmi Pe-Zapin.

Ketekunan karyawan atau budayawan Pe-Zapin merentasi sempadan melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan yang berorentasikan kepada aspek pembelajaran secara berkumpulan dan memberi peluang persembahan serta penyediaan latihan untuk menyertai pertandingan-pertandingan seni tarian tradisional daripada aspek penjurian dan kejurulatihan.

Umum mengetahui apabila disebutkan Pe-Zapin maka ramai yang akan mengambil maklum bahawa ianya adalah kumpulan persembahan zapin atau agensi kerajaan, ianya tidak benar sama sekali. Di sini kami menerangkan tentang Pe-Zapin yang sebenarnya merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar. Pe-Zapin berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami masih aktif dan akan terus berusaha memberi yang terbaik dalam memastikan usaha-usaha para pengasasnya tidak disia-siakan. Melalui aktiviti-aktiviti berpaksikan kepada seni budaya ini, kami telah membuka rantaian pembelajaran pelbagai kaedah dan cara untuk memastikan generasi muda pada hari ini menjadi lebih mencintai seni budaya mereka. Tumpuan sememangnya ke akar umbi. Kami masih memastikan kelangsungkan aktiviti di Pe-Zapin tidak lari daripada objektif dan matlamat penubuhannya. InshaAllah pelbagai implementasi akan kami gagahi dan jadikan ia realiti dengan cadangan dan pelbagai baru yang lebih segar dan lebih memungkinkan objektif program anjuran Pe-Zapin memenuhi citra masa kini.

Menyelusuri lebih 10 tahun penubuhan Pe-Zapin, kami di peringkat pengurusan akan berusaha sedaya upaya menyampaikan apa sahaja ilmu yang ada pada kami agar generasi akan datang dapat mempertahankan seni budaya warisan mereka sendiri. Kami berharap agar pihak di luar sana khususnya kerajaan dan sektor swasta dapat membantu kami mencapai objektif dan matlamat asal perjuangaan Pe-Zapin. Kami tetap akan berusaha selagi kami diperlukan. Keyakinan kepada kami selama ini oleh pelbagai pihak amat kami sanjung dan ucapkan terima kasih. Semoga apa yang berlaku pada tahun ini akan menjadikan kami lebih bersungguh-sungguh dalam menjayakan agenda Pe-Zapin itu sendiri.

Published by Laman Web Rasmi Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Memartabatkan kesenian negeri Johor

Tinggalkan komen