Kepimpinan Dimensi Baharu Pe-Zapin

Pengorbanan dan jasa pengasas, penerus dan pewaris zapin dari negeri Johor merupakan satu perkara yang amat diambil berat Pe-Zapin. Meski pun pelbagai liku dan cabaran, banyak perkara yang terpaksa kami hadapi dalam memastikan matlamat perjuangan Pe-Zapin tidak tersasar daripada landasannya. Kami menerusi legasi mereka dalam kerangka yang kreatif dan inovatif sesuai dengan peredaran zaman. Melalui usaha yang berterusan maka banyak perkara terpaksa diketepikan daripada segi sudut pembangunan fizikal dan program-program yang sepatutnya telah banyak dilaksanakan pada tahun 2020 hingga sekarang. Namun ia tidak mematahkan semangat Pe-Zapin untuk terus kekal relevan dan memberi impak kepada kebudayaan bangsa. Menerusi Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu, Pe-Zapin telah menampilkan muka-muka baru dalam organisasinya. Terdiri daripada golongan profesional, penerus zapin Johor, pelajar universiti tempatan dan pekerja swasta serta individu-individu muda yang amat menyokong Pe-Zapin dari mula lagi. Di saat pandemik Covid 19 masih lagi belum reda, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk memastikan program-program dapat dilaksanakan dalam norma baharu. Kami sentiasa bersedia bekerjasama dan memastikan hubungan kekal terus terjalin dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, agensi kebudayaan negeri Johor, NGO-NGO kebudayaan dalam dan luar negara dan pelbagai pihak agar khazanah bangsa dapat terus dipelihara dan dipertahankan.

Berikut adalah Jawatankuasa Pe-Zapin sesi 2021 hingga 2023:

Tahniah diucapkan. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan kita.

Oleh: Mohd Hasrizal bin Yusuf, Ketua Pengarang Buletin Pe-Zapin merangkap NYDP Pe-Zapin

Published by Laman Web Rasmi Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Memartabatkan kesenian negeri Johor

Tinggalkan komen