SELAMAT TAHUN BARU 2024

Alhamdulillah…. Berlabuh sudah 2023 dan ke hadapan bersama 2024

Bersyukur kepada Allah atas kurniaan rakan-rakan hebat seperjuangan dalam Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor yang setia bersama mengharungi badai dan ombak serta susah dan senang. Juga terima kasih kepada semua peminat zapin Johor dan penggiat tari tanah air. Syukur kepada Allah, Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor telah melayari tahun 2023 dengan penuh dugaan dan cabaran serta menikmati hasil perjuangan telah diperjuangkan selama 14 tahun ini sejak 2009 dengan melihat tumbuhnya NGO-NGO yang memperjuangkan zapin-zapin di negeri Johor dan perkembangan zapin di negeri lain bergiat rancak. Pe-Zapin akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan, pihak swasta dan NGO-NGO kebudayaan dalam menyemarakkan kebudayaan di negara kita ini. Mendepani ke hadapan kita akan memberi perkhidmatan terbaik dalam apa jua program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta dan rakan-rakan budaya. Sememangnya usaha mempergiat kebudayaan kita akan diteruskan tanpa lelah dan usaha memperteguh jati diri bangsa akan terus diperkasa melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan. Selamat Tahun Baru 2024 kami ucapkan.

Ab. Razak bin Rahmat

Yang Dipertua

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Sumber : https://fb.watch/pgBf-sgvcy/

Published by Laman Web Rasmi Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Memartabatkan kesenian negeri Johor

Tinggalkan komen