Pembelajaran Tari Zapin di Atas Talian dan Sesi Kaunseling SKM dalam Bidang Kebudayaan Kini Menjadi Norma Baharu

Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'Da ZAPI PRODUCTION Mempelajari variasi Tari Zapin Johor Jadual masa yang fleksibel Tenaga pengajar yang terlatih Terbuka untuk setiap lapisan umur Atag TAHAP 1 Tidak mempunyai asas tari dalam variasi Zapin Johor TAHAP TAHAP 2 Mempunyai asas tari dalam variasi Zapin Johor KATEGORI 1 YURAN Kanak-Kanak (12 Tahun Kebawah) Remaja (13-20 Tahun) Dewasa (21 Tahun Keatas) RM 10 HARI 2021 PADA 28 TUISYEN JULAI 2 Kanak-Kanak (12 Tahun Kebawah) Remaja (13-20 Tahun) Imbas untuk mendaftar: Dewasa (21 Tahun Keatas) RM HARI 5 Hubungi Kami: Cik Siti +6017-7932126 Pn. Aqid +6011-69939474'

Dalam suasana pandemik hari ini pastinya ia memberikan impak dan cabaran kepada Pe-Zapin dalam menyampaikan pembelajaran seni tari zapin secara bersemuka seperti tahun-tahun sebelum ini. Keadaan semasa yang tidak menentu pastinya membimbingkan Pe-Zapin dalam memastikan matlamat dan misi dapat dilaksanakan sekurang-kurang satu atau dua program dalam tahun ini. Kini kebimbingan itu semakin reda dengan usaha yang digembleng anak muda berserta kerjasama erat dikalangan senior dalam Pe-Zapin yang mahir dalam ICT dan perhubungan serta komunikasi melalui media sosial dan aplikasi yang bersesuaian dapat dijayakan bagi menyempurnakan aktiviti yang direncana melalui atas talian. Mencabar dan perlu meningkatkan keupayaan yang berterusan, itulah menjadi pendoman kepada Pe-Zapin pada masa ini.

Selain menjalankan sesi kaunseling SKM bagi tahap 1 dan 2 berkaitan kebudayaan persembahan tari tradisional, persembahan muzik tradisional. seni lakon teater dan operasi produksi pentas di bawah seliaan Puan Dianna binti Sulaiman yang juga merupakan Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang tari tahap 2 & 3, Diploma Kemahiran Malaysia bidang tari ( Tahap 4 ) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia bidang tari ( Tahap 5 ), Vocational Training Officer (VTO), Pegawai Penilai (PP-PPT) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT) merangkap Setiausaha Pe-Zapin. Untuk pengetahuan semua, Pusat Pe-Zapin kini telah menjadi Pusat Penilaian Amali bagi calon-calon Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang kebudayaan mengikut kaedah PPT. InshaAllah, ada masa kami akan kupas perkara berkenaan. Nantikan ya.

Program Tuisyen Zapin di Atas Talian sudah bermula bermula semalam, 28hb Julai 2021. Ia adalah program pembelajaran seni tari zapin di atas talian buat pertama kalinya bagi Pe-Zapin. Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan bagi hari pertama. InshaAllah, sebarang penambahbaikan akan dibincangkan dalam segala apa jua perkara berkaitannya pastinya akan diselesaikan dengan adanya kerjasama erat dikalangan anggota Pe-Zapin secara berterusan. Pe-Zapin mahu menjadikan pembelajaran dengan cara kami sendiri agar para peserta yang mengikuti pembelajaran ini dapat memahaminya sebaik mungkin.

Mungkin imej 7 orang, skrin dan teks

Semoga apa jua yang dilaksanakan Pe-Zapin mendapat manfaat kepada masyarakat. Kami yakin dalam suasana yang penuh mencabar hari ini, pastinya ada hikmah. Semoga Pandemik Covid 19 akan berlalu pergi dan kegiatan kebudayaan akan dapat dijalankan seperti biasa kelak. Bersamalah kita jaga kita dan patuhi S.O.P yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib dalam memastikan kesihatan kita terus terpelihara. Kepada Allah kita berserah.

Oleh : Ketua Pengarang Buletin Pe-Zapin

Published by Laman Web Rasmi Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Memartabatkan kesenian negeri Johor

Tinggalkan komen